tag:blogger.com,1999:blog-73059255233077376152024-03-14T05:59:59.328-07:00Belajar Bahasa Malaysia Tahun SatuAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/04287717178891579607noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-7305925523307737615.post-64591847648230986912012-11-18T18:16:00.002-08:002012-11-18T18:17:53.328-08:00

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04287717178891579607noreply@blogger.com16tag:blogger.com,1999:blog-7305925523307737615.post-81174862745292098162012-11-10T04:52:00.001-08:002012-11-18T17:59:10.218-08:00

BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia,
dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul
bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum
diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah
dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia,
penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama
penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan
jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.

Bahasa
Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang
dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau
dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu
mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an,
Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak
akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun
2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa
Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan
tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai
Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia
iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu
tidak mengalami sebarang perubahan nama.

Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek
dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa
kata. Misalnya,Bahasa Melayu Riau-Johor berbeza dialek dengan Bahasa
Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu. Melayu Riau-Johor menggunakan
dialek "e" sedangkan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu
menggunakan dialek "o". Selain itu, bahasa yang digunakan oleh
masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif,
bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan
tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.

Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca
untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan
Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Leste,
sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa
Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerja". Di Singapura, Bahasa
Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura
mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan
Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang
daripada Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.

Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN
memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam
Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04287717178891579607noreply@blogger.com16